Adakah Produk - Produk Shaklee Halal?
Soalan 1 :
Assalamualaikum
Bagaimana dengan supplemen Shaklee? Adakah semua produk Shaklee
adalah halal? Harap saudara Abd Rahman dpt membantu.
Terima kasih
Ainul- Amar Dhiya
Soalan 2:
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya kpada En. Rahman tentang produk
“Shaklee” iaitu “Advanced Joint Health Tablet dan Ostematrik”.
Adakah produk ini halal dan sah dari jakim?
Terima kasih
Cikgu Umi Kalsom.
JAWAPAN:
Wa alaikum salam.
Terima kasih atas soalan Puan Ainul dan Cikgu Umi Kalsom. Saya
ada menerima beberapa email bertanyakan tentang status halal haram dan
bahan-bahan yang meragukan di dalam Produk Kesihatan Shaklee terutamanya Produk
Soy Lecithin – Dietary Supplement.
Isu Estrak Babi di dalam Produk Shaklee mula timbul apabila
Tuan Mohd Hadihaizil menulis dalam blog beliau tentang sumber gelatin di dalam
Produk Soy Lecithin yang disyaki menggunakan gelatin daripada campuran lembu
dan babi.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan berterima kasih
di atas keprihatinan Tuan Mohd Hadihaizil tentang status halal haram produk
kesihatan yang diambil oleh ahli keluarga beliau. Di atas keprihatinan dan untuk mendapatkan kepastian, beliau
telah menghantar email kepada Shaklee Kanada pada 22 Februari 2011 untuk
mendapatkan kepastian dan penerangan. Hasilnya, pada 26 Februari 2011 pihak Shaklee Kanada
membalas email beliau dan menjelaskan bahawa:
“Untuk Produk Lecithin di Pasaran Amerika Syarikat. Gelatin
yang digunakan dalam Kapsul Soy Lecithin mungkin menggunakan campuran gelatin
babi dan lembu. Dalam kata lain, Kapsul Soy-Lecithin tidak dijamin bebas
kandungan babi”.
Untuk memastikan kebenaran penjelasan ini, beberapa orang pengedar
produk Shaklee telah menghubungi Syarikat Shaklee Malaysia dan menjelaskan
produk Shaklee untuk pasaran Malaysia dihasilkan di kilang yang lain dan turut
mempunyai persijilan halal daripada Islamic Services of America (ISA).
Hasil carian maklumat saya di portal Biro Pengawalan
Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Produk Lecithin Shaklee yang didaftarkan pada
tahun 1995 dihasilkan di kilang Syarikat Shaklee di Norman, Amerika Syarikat. Produk
Lecithin Shaklee yang terbaru pula didaftarkan pada 2012 dihasilkan di kilang
Nutra Manufacturing, Greenville . Kilang yang sama mengeluarkan produk-produk
kesihatan lain seperti Produk GNC dan USANA yang mempunyai persijilan Halal
daripada IFANCA (Islamic Food And Nutritional Council of America).
Produk Osteomatrix Caplet Shaklee yang didaftarkan di
Malaysia pada tahun 2007 juga dihasilkan di kilang Nutra Manufacturing,
Greenville, Amerika Syarikat. Pada awal Januari 2013 pula, Puan Imatulizah
telah menghantar pertanyaan melalui email kepada Islamic Services of America
(ISA) untuk mengesahkan kesahihan Sijil Halal Produk Shaklee.
Koordinator Perkhidmatan Halal, ISA mengesahkan Sijil Halal Produk
Shaklee adalah sah dan menjamin Shaklee akan terus mengeluarkan produk-produk
yang dijamin halal termasuklah Produk Lecithin, Omega dan Vitamin E. Memang
sebelum ini Shaklee menggunakan kapsul daripada pembekal di Kanada. Tetapi pada masa sekarang, Shaklee telah menggunakan pengilang baru
yang mempunyai persijilan halal sedia ada untuk produk Shaklee pasaran
Malaysia.
ISA dan IFANCA merupakan badan persijilan Halal Luar Negara
yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM. Oleh itu, tiada
keraguan ataupun was-was bagi pengguna Muslim untuk
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
mengamalkan Produk Suplemen Kesihatan jenama Shaklee yang terdapat di pasaran Malaysia.
P/S : Saya bukan pengamal produk shaklee, bukan penjual, bukan pengedar dan tidak
mempunyai kepentingan berkaitan produk Shaklee. Jawapan ini sekadar menjawap
persoalan-persoalan yang dihantarkan oleh pembaca-pembaca buku tulisan saya
bertajuk “Halalkah Ubat Anda?”.
Buku “Halalkah Ubat Anda?” mendedahkan lebih 90 jenis
ubat-ubatan yang mengandungi unsur daripada babi. Untuk dapatkan maklumat
lanjut sila layari www.halalscience.com
Terima kasih.
Abd Rahman Baco
Penulis
halalscience.com
Kepada pengguna Shaklee dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!Penulis
halalscience.com
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan melayari www.shaklee.com.my.
Untuk Pertanyaan/ Pembelian:
Shaklee Independent Distributor
SID No: 1098421
SMS/Whatsapp: +6012-9092470 - Zamani
SMS: +60132918837 - Zira
email : nut3si4life@gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Labels
Produk
Set Berpantang
Set Ibu Menyusu
Set Kuruskan Badan
Set Penjagaan Kulit
Set Mengandung
Set Kesuburan Lelaki
Set Kesuburan Wanita
Set Resdung
Set Buasir
Set Kencing Manis
Set Kesihatan Sendi
Set Migraine
Tips Pemakanan
Produk Promosi
Set Darah Tinggi
Set Diabetis
Set Gout
Set Keputihan
Kenali Shaklee
Set Cegah & Rawat Shaklee
Set Jantung
Shaklee Malaysia



0 comments: